Sulit
3 tahun
Ulser yang terjadi di lidah tidak sembuh
Ibu sy mempunyai ulser di lidah yg stp bulan akan naik dan hilang sama juga dgn bulan seterusnya.Ibu sy berumur 54 tahun.Sy juga akn pastikan dia mengambil vit c dan multivitamin stp malam sblum tidur.Ibu sy juga mempunyai darah tinggi dan kencing manis.Ibu sy juga mengambil ubat darah tinggi dan kencing manis pada setiap pagi.Ulser di lidah sejak tahun lepas hingga ke bulan nii masih tidak sembuh…adakah ini kanser lidah atau kesan sampingan ubat darah tinggi@kencing manis yg diambil olh ibu sy ???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser lidah. Antaranya :
- Kecederaan semasa mengunyah makanan
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
- Minuman dan makanan panas
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, ibu anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Ibu anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Sekiranya keadaan ibu anda berterusan dan mengalami sakit yang teruk, sila berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah. Terima kasih.
.