Anonymous

4 years

Herpes type 1 dgn bacaan 38igg

Saya lelaki berusia 26 tahun. Saya telah menjalankan std test di klinik swasta dan mendapati saya positive herpes type 1 dgn bacaan 38. Saya tidak mempunyai apa apa simptom. Saya akan berkahwin pada bulan 7 tahun ini. Soalan saya :
Bagaimana nak menggelakkan virus ini daripada menjangkiti bakal isteri dan anak saya?

Hi dan salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Herpes berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Seperti anda, herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat. Walaupun begitu, terdapat juga peratusan kecil di mana penghidap herpes jenis 1 mempunyai masalah pada bahagian alat kelamin juga namun ianya jarang berlaku.

Situasi yang dialami anda sebenarnya bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku. Jangkitan virus ini terjadi melalui sentuhan terus kulit, ciuman, perkongsian sudu, pinggan dan garfu serta perkongsian alatan mandi dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus ini sebelumnya.

Perkara penting yang anda perlu ketahui adalah virus ini akan berada di dalam tubuh badan anda pada tempoh yang lama. Walaupun luka dan lepuh sudah hilang, ia akan kekal dorman di dalam sel saraf anda dan sekiranya anda jatuh sakit atau demam, ia akan kembali aktif. Malangnya, langkah pencegahan ialah dengan tidak melakukan aktiviti seperti diatas. Anda disarankan menggunakan kondom sewaktu bersama isteri anda. Namun, ia hanya akan dijangkiti jika anda sedang mengalaminya.

Anda disarankan agar berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bagi masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

bibir-kering

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.