
Sulit
5 tahun
Ada ubat untuk mencegah hamil setelah seminggu bersama
Hi, doktor saya ingin bertanya. Seminggu yang lalu saya bersama isteri saya, dan saya pancut di luar, adakah risiko untuk mengandung tinggi dan jika dia mengandung , ada tak, ubat untuk mencegahnya, saya melakukannya semasa hari ke 24 kitaran haidnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Terdapat dua jenis pencegahan kehamilan kecemasan; yaitu dengan mengkonsumsi ubat "morning pill" seperti Postinor ataupun IUD. Postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan secara kecemasan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari.
Sementara itu, pemasangan IUD pula memerlukan anda untuk mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemasangan alat IUD. Pemasangan IUD sebagai kontraseptif kecemasan perlu dilakukan dalam tempoh 5 hari setelah berhubungan. Memandangkan anda telah seminggu setelah berhubungan, adalah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan ke doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.