Sulit
3 tahun
Alat sulit lembik ketika bersetubuh
Sy lelaki berumur 31 taun mngalami masalah ketika hendak bersetubuh dengan isteri alat sulit kdg2 mnjadi lembik… Mengapa ia ny terjadi??
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah alat sulit yang kadang-kadang menjadi lembik ketika hendak bersetubuh dengan isteri. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, keadaan yang sedang anda lalui lebih dikenali sebagai mati pucuk atau lemah tenaga batin. Keadaan ini boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Ketidakstabilan emosi (stress)
- Pengaruh ubat-ubatan
- Ketagihan merokok
- Penyalahgunaan dadah
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit jantung
- Kerap beronani
- Makanan yang tidak seimbang
Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda:
- Bersenam
- Berhenti merokok
- Makan makanan yang seimbang
- Mengawal emosi
Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah