Sulit
2 tahun
Kerap kencing dan kurang ereksi
Saya lelaki umur 43 tahun,saya kerap rasa nk terkencing,alat kelamin saya kurang tegang
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keadaan yang sedang anda lalui lebih dikenali sebagai mati pucuk atau lemah tenaga batin. Keadaan ini boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Ketidakstabilan emosi (stress)
- Pengaruh ubat-ubatan
- Ketagihan merokok
- Penyalahgunaan dadah
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit jantung
- Kerap beronani
- Makanan yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda:
- Bersenam
- Berhenti merokok
- Makan makanan yang seimbang
- Mengawal emosi
Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.