Sulit
3 tahun
Mati pucuk kerana sakit jantung
saya lelaki berusia 45 tahun mempunyai sakit jantung, darah tinggi, heart problem dan kolestrol tinggi… baru2 ini saya mempunyai masalah mati pucuk, adaka ini berbahaya? adaka ini dapat diubati?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah mati pucuk dan ingin mengetahui sekiranya keadaan ini berbahaya serta cara mengubatinya. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, mati pucuk atau lemah tenaga batin boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Ketidakstabilan emosi (stress)
- Pengaruh ubat-ubatan
- Ketagihan merokok
- Penyalahgunaan dadah
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Penyakit jantung
- Kerap beronani
- Makanan yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
Keadaan ini boleh membahayakan kesihatan anda jika dibiarkan berterusan.
Anda boleh cuba lakukan perkara berikut untuk mengembalikan kesihatan seksual anda:
- Bersenam
- Berhenti merokok
- Makan makanan yang seimbang
- Mengawal emosi
- Mengawal penyakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi dan masalah jantung yang lain.
Namun, sekiranya perkara di atas tidak berkesan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah