Sulit
3 tahun
Hilang nafsu dan kemaluan kurang tegang ketika melakukan hubungan intim dengan isteri
sya Mat berumur 27 tahun. sdah berkahwin selama 1tahun. sejak kebelakangan ini, kemaluan sya tidak setegang sperti biasa ketika bersama isteri. dan nafsu juga kurang. berbeza ketika sya sedang masturbate atau melihat pornography. kemaluan sya teramat tegang berbeza ketika bersama isteri. bagai mana sya boleh perbaiki ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kurang tegang ketika melakukan hubungan dengan isteri, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah zakar yang sukar tegang atau sukar mengekalkan ketegangan zakar boleh disebabkan oleh masalah psikologi dan penyakit fizikal. Masalah berkaitan penyakit fizikal termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Ia biasanya berlaku dalam semua keadaan.
Namun anda hanya mengalami masalah ini semasa bersama usteri dan tiada masalah ketika masturbasi atau melihat pornografi, oleh itu ia berkemungkinan berkaitan dengan masalah psikologi seperti masalah hubungan dengan isteri.
Untuk membantu masalah ini, anda boleh merujuk masalah anda kepada pakar psikologi atau kepada doktor. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menonton pornografi atau melakukan masturbasi kerana ia mungkin membuatkan hubungan anda dengan isteri tidak intim.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.