Sulit
3 tahun
Mati pucuk dan ada penyakit tiga serangkai(jantung lemah)
Saya punya penyakit tiga serangkai. Diabeted, darah tinggi dan lemah jantung. Selalu mkn ubat hispitl. Jadi wlupun da keinginn untuk melakukan hubungan sumi isteri tetpi zakr tidak menegang. Apa perlu buat dan ubat yang sesuai.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami mati pucuk dan juga menghidapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala mati pucuk boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
Antara faktor-faktor yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor adalah seperti:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Masalah kesihatan mental
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih