Sulit
3 tahun
Zakar tidak tegang secara tiba tiba
Doktor mati pucuk adakah boleh diubati sepenuhnya ?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Masalah zakar tidak mengeras juga dikenali sebagai mati pucuk atau erectile dysfunction. Ini berlaku kerana badan gagal mengenal pasti ransangan terhadap alat kelamin, dan otot alat kelamin tidak menegang. Ini menghalang seseorang dari melakukan aktiviti seksual seperti masturbasi dan persetubuhan.
Selain dari kesan fizikal, mati pucuk jugak boleh memberi kesan kepada emosi dan hubungan dengan pasangan. Mati pucuk boleh dirawat. Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat atau pun tidak, bergantung kepada keadaan pesakit dan doktor yang merawat.
Yang pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah gaya hidup pesakit agar lebih banyak bersenam, berhenti merokok, diet yang seimbang, dan mengurangkan berat badan. Jika ini masih tidak berhasil atau pesakit susah untuk mengubah gaya hidup, alternatif lain seperti terapi minda boleh membantu. Pesakit boleh mendapatkan khidmat terapi psikoseksusual. Kaedah ini terbukti untuk merawat mati pucuk dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Sekiranya masih gagal, ubat boleh diberikan untuk merawat mati pucuk.
Namun sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan atau rawatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah