Sulit
3 tahun
Pengambilan Pil Viagra
Doktor,saya sedang mengambil ubat kencing manis,darah tinggi dan kolestrol setiap hari sehari dua kali mana ubat darah tinggi sekali di waktu pagi dan ubat kolestrol diwaktu malam.Saya nak tahu jarak masa antara waktu pengambilan ubat hospital dan Viagra.Saya berani mencuba Viagra ini sbb sejak saya mengambil ubat kencing manis,kekuatan tenaga kelelakian semakin hari semakin merosot dan sudah memakan masa 12 bulan atau mungkin lebih.Zakar susah tegang,walau pun di sentuh oleh pasangan ketika dibilik tidur dan ianya amat merisau dan memalukan saya sbagai lelaki,umur saya ketika soalan ini di ajukan adalah 54 tahun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai masalah zakar yang sukar untuk menegang dan ini mengganggu prestasi seksual anda bersama pasangan. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ubat yang dinyatakan oleh anda di dalam ruangan soalan mengandungi sildenafil sebagai bahan aktifnya. Penggunaannya juga perlu berdasarkan oleh preskripsi doktor dan ia tidak boleh digunakan sesuka hati tanpa pengawasan ataupun preskripsi doktor kerana kesan sampingannya seperti:
- Tekanan darah menurun sekiranya diambil bersama dengan ubat-ubatan lain
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Gangguan penglihatan (visual disturbances)
- Loya
Bergantung kepada keadaan kesihatan anda, waktu pengambilannya adalah berbeza mengikut individu.
Mati pucuk boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Bergantung kepada puncanya, masalah ini kebanyakannya boleh diatasi. Antara punca mengapa seseorang mengalami mati pucuk adalah:
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Masalah psikologikal seperti:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah saraf
Anda disarankan untuk menghubungi kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.