
elisha0381
2 tahun
Apakah keburukan asap vape
Saya ibu pada 5 org ank, saya nk tanye… Asap vape ni bahaya tak pada kanak2… Klu vape di hisap dlm rumah, adakah kesannye sama dgn asap rokok… Cth asap rokok bila melekat dekat atau mana2 fabrik, si perokok tidak boleh mendukung anak… Asap vape macam tu jugak ke…

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Vape mengandungi nikotin dan beberapa bahan kimia lain.
- Nikotin merupakan sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan. Nikotin ini boleh menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan kimia lain yang sama jenis.
- Perasa yang diperolehi melalui vape mengandungi karsinogen dan bahan kimia beracun seperti formaldehida dan asetaldehida, serta logam beracun dalam ukuran nanopartikel yang dihasilkan dari mekanisme penguapan.
- Propilen dan glikol atau gliserin berfungsi untuk menghasilkan wap air. Bahan-bahan kimia ini boleh menyebabkan kerengsaan sistem pernafasan.
- Kandungan lain seperti “tobacco-specific nitrosamine (TSNA)” adalah elemen karsinogen yang didapati dalam tembakau dan rokok tembakau. Bahan kimia ini juga didapati dalam cairan rokok elektronik. Kadar TSNA adalah tinggi jika kadar nikotin tinggi.
- Jika e-rokok digunakan semasa kehamilan, kesihatan janin dalam kandungan akan terancam. Fungsi otak dan paru bayi yang sedang berkembang boleh terjejas pada jangka panjang. Nikotin juga boleh menyebabkan berat badan lahir bayi rendah, kelahiran tidak cukup bulan (“premature”), bayi lahir mati (“stillbirth”), dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).
- Perkembangan otak akan terjejas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh sebab nikotin. Remaja yang menggunakan e-rokok akan mengalami gangguan kognitif dan tingkah laku yang menjejaskan ingatan dan perhatian.
- Penyerapan, penghirupan dan menelan cairan rokok elektronik melalui kulit atau mata boleh mengakibatkan keracunan. Dos nikotin tinggi juga menyebabkan keracunan. Cairan yang tertelan oleh kanak-kanak boleh mengakibatkan kematian.
- Terdapat penyelidikan yang membuktikan bahawa bahan kimia dalam rokok elektronik akan menjejaskan keupayaan sel paru untuk menjaga paru-paru dari kuman dan zat merbahaya yang lain.
Untuk menjawab persoalan anda, sila layari link ini, doktor bertauliah kami menerangkan keburukan vape
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lanjut. Terima kasih