![](https://www.doctoroncall.com.my/tanyadoc/letter_avatar/cieara1066/90/5_6bca9977b612b7aeef77ba1ec1cd67b3.png)
cieara10
2 tahun
Apakah krim atau ubatan yang sesuai untuk buasir luar?
Selamat petang Dr! Saya seorang wanita dan pelajar yang berumur 25 tahun. Saya mempunyai masalah buasir luar sejak tahun 2015 dan pernah juga mendapatkan rawatan namun ubat atau supp yang diberikan tidak berkesan untuk mengecutkan buasir saya. Saya juga pernah mencuba Dioflex dan Daflon namun tiada hasil juga. Ubat krim sapu yang saya gunakan ialah Hurix tapi tiada perbezaanbyang berlaku. Mungkinkah buasir saya tidak kecut disebabkan saya selalu duduk lama semasa menyiapkan assignment biarpun bermacan ubat yang saya makan dr? Buasir saya masih lagi kecil dari biji delima. Bantu saya dr.
![](https://www.doctoroncall.com.my/tanyadoc/user_avatar/doctoroncall.com.my/drnur/90/8263_1.png)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Secara amnya terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan gejala gejala yang timbul akibat buasir.antaranya ialah:
Cuba jangan duduk berjam-jam seketika
Masukkan jeli petroleum hanya di dalam dubur untuk membuat pergerakan buang air besar kurang menyakitkan.
Untuk membantu mengurangkan bengkak dan kerengsaan mempertimbangkan menggunakan krim steroid “over-the-counter” untuk kulit (bukan di dalam anus - di luar sahaja) dan pek sejuk . Anda mungkin mencuba krim haemorrhoid yang melegakan untuk melegakan gatal-gatal.
Mandi selalu untuk menjaga kawasan dubur bersih
Adalah amat disarankan untuk berunding dengan doktorsebelum mengambil suplemen dan ubat untuk mengatasi masalah ini supaya rawatan yang efektif telah diberikan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.