
Sulit
4 tahun
Apakah penderita hipertiroid boleh sembuh sepenuhnya
Sy wnita 21 thn yg mnderita pnyakit troid iaitu hiprtiroid.Apakah penyakit ini boleh sembuh sepenuhnya atau bergantung dengan ubat ubatan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak cik.
Umumnya prognosis bagi penyakit hipertiroid sangat dipengaruhi oleh
- etiologi atau penyebab gangguan tersebut,
- komplikasi yang didapatkan (sekiranya ada),
- dan kepatuhan terhadap rawatan yang diberikan.
Maka untuk mendapat jawapan yang lebih tepat, adalah sangat penting perbincagan secara langsung dilakukan semasa cik berjumpa dengan doktor yang merawat. Umum kerana, mereka mempunyai data yang lebih komprehensif terhadap kondisi cik.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Selain ubat-ubatan, perubahan gaya hidup juga boleh membantu dalam mengawal penyakit hipertiroid. Antaranya adalah:
- Meningkatkan kadar eksesais
- Menurunkan berat badan
- Menghindari faktor stres/tekanan
- Perubahan rutin diet
Saya menasihatkan anda untuk kurangkan atau elakkan dari minuman dan makanan yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi seperti:
- minuman berkarbonat
- kopi
- dark chocolate
- teh hijau
- dll.
Selain itu minuman yang dianjurkan oleh penderita hipertiroid adalah:
- jus saderi
- air masak / mineral
*air yang tidak mengandungi kafein
Makan yang dianjurkan oleh penderita hipertiroid adalah:
- garam iodin,
- ikan, kerang & rumpai laut,
- makanan atau minuman tenusu (baca: dairy product ),
- telur kuning.
- makanan tinggi kalori seperti tepung (kecuali yang menghidapi kencing manis)
- makanan yang seimbang
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.