
Anonymous
4 tahun
Bacaan creatinine di buah pinggang
Ibu saya telah membuat ujian darah di dapati bacaan creatinine buah pinggang adalah 400… agak tinggi… doc syor kan buat tapak untuk buang toksik dari badan… atau tebuk di perut untuk buang toksik… mohon bantuan doc selain itu… ada cara lain ke tidak untuk menurunkan bacaan creatinine di buah pinggang ibu saya… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan creatinine buah pinggang itu menggambarkan tahap kerosakan buah pinggang ibu anda. Pada bacaan setinggi 400, boleh dikatakan ibu anda berada di Stage 3 (Stage 5 adalah kidney failure) yang mana ini bermaksud perbandingan fungsi buah pinggang ibu anda hanya sekadar 30-59% berbanding orang normal.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada buang air besar, buah pinggang manusia juga adalah merupakan organ perkumuhan. Buah pinggang berfungsi untuk menapis kotoran-kotoran dalam darah, meregulasi tekanan darah, mengimbangkan elektrolit badan (contohnya Potassium K+ daripada pisang) serta memproduksi hormon untuk membentuk sel darah merah. Buah pinggang bekerja dengan menapis darah yang kotor dan mengeluarkan kotoran melalui air kencing.
Pada kondisi fungsi buah pinggang telah gagal sama sekali, hal-hal yang akan terjadi adalah:
- Kotoran dalam tubuh berkumpul menjadi toksik
- Penat kerana sel darah mulai berkurang
- Air dalam badan berkumpul kerana tidak dapat dibuang
- Sesak nafas kerana air banyak
- Sawan kerana toksik yang pergi ke otak
- Rentan terkena jangkitan
- Kematian
Merujuk kepada pertanyaan anda tentang tapak ataupun tebuk perut, hal ini merujuk kepada prosedur yang boleh dilakukan untuk menggantikan fungsi buah pinggang. Tapak adalah merujuk kepada haemodialysis yang mana tiub biasanya dipasang ditangan, sementara tebuk perut merujuk kepada peritoneal dialysis. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor dan ibu anda teknik perawatan terbaik yang sesuai dengan gaya hidup ibu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.