
Sulit
3 tahun
Badan kerap lemah , pening dan tangan asyik menggigil
saya wanita berumur 15 tahun mengalami masalah yang sangat sulit pada usia begini badan kerap lemah pening pening dan tangan asyik menggigil

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah kelemahan badan, pening dan tangan asyik menggigil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- tekanan darah rendah
- anemia
- kandungan gula dalam darah rendah
- masalah tiroid
- masalah kebimbangan
- kerap minum minuman berkafein
- benign essential tremor
Di samping itu, kami juga sarankan anda untuk segera ke doktor sekiranya mempunyai simptom-simptom bahaya berikut:
- pening kepala yang teramat
- hilang kesedaran
- degupan jantung yang laju dan tidak serata
- gejala berterusan atau bertambah
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.