Adilla

6 tahun

Bagaimana merawat herpes di bibir

hi doktor saya nak bertanya adakah ubat untuk merawat penyakit herpes di bibir?

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Kudis berair atau ruam di bahagian bibir, atau dikenali sebagai cold sores dan herpes labialis, merupakan sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh herpes simplex virus type 1 atau HSV jenis 1. HSV biasanya merebak melalui sentuhan orang atau perkakas yang tercemar dengan HSV terutamanya perbuatan bercium dengan orang yang mempunyai cold sores.

Namun demikian, bukan semua luka di bibir atau sekitar mulut disebabkan oleh jangkitan HSV. Penyakit ekzema, dermatitis, alahan serta jangkitan bakteria di kulit seperti impetigo boleh menyebabkan luka di sekeliling mulut. Selain itu, bibir dan kulit di sekeliling juga mudah pecah jika cuaca terlalu kering, tidak minum air secukupnya atau merokok.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengn doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk anda. Kudis berair yang disebabkan oleh HSV biasanya dirawat dengan ubat sapu antivirus seperti krim yang mengandungi aciclovir. Ubat sapu antivirus untuk cold sores boleh didapati di klinik atau farmasi.

Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Herpes yang berlaku di mulut kebiasaannya berpunca dari jangkitan Herpes Simplex Virus (HSV)-1. Ianya kerap terjadi kepada bayi dan kanak kanak namun ia bukan perkara yang luar biasa bagi org dewasa untuk mendapat jangkitan ini. Jangkitan ini berlaku apabila terdapat sentuhan terus dari kulit orang yang sihat kepada kulit pembawa virus ini. Pada kebiasaannya, pembawa virus tidak mempunyai lepuh yang boleh dilihat di mulut. Selain itu, ia boleh juga berjangkit melalui ciuman atau pun berkongsi sudu, garfu, pisau cukur dan lipstik.

Rawatan untuk Herpes berfungsi untuk menghilangkan lepuh, kesakitan dan simptom-simptom lain namun virus itu sendiri tidak akan meninggalkan tubuh badan kita. Ia akan kekal dorman di dalam sel saraf kita dan akan menjadi aktif sekiranya terdapat demam, tekanan, pembedahan dan penyakit lain. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan agar simptom-simptom boleh dikawal.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)