Sulit
3 tahun
Bahagian mulut sedikit bengkak dan tidak sekata
Saya lelaki lewat 30an
Bibir berasa kebas & sedikit membengkak
Daya kemam berkurang
Mulut sedikit senget
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kegusaran anda berkenaan gejala bibir terasa kebas dan sedikit membengkak yang disertai mulut senget dan daya kemam berkurang. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala bibir bengkak, kebas dan sengat, yang disertai oleh kelemahan otot boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- alahan makanan atau ubat
- keradangan mulut dan gusi
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- jangkitan kuman
- bell’s palsy
- trigeminal neuralgia
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.