Sulit
3 tahun
Luka di lelangit mulut
Luka di lelangit mulut secara Tina tiba kenapa yee
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah luka di lelangit mulut secara tiba-tiba. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Struktur makanan yang tajam seperti tulang ikan
- Bendasing
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Kecederaan ataupun luka
- Jangkitan kuman
- Trauma
- Komplikasi penyakit di bahagian oral (i.e. sinusitis, rhinitis, gigi berlubang, dll.)
- Perdarahan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih