Sulit
3 tahun
Lidah luka dan tidak bole mkn pedas dan masam
Saya berumur 53 tahun dan mengalami lidah luka menyebabkan saya tidak bole mkn makanan pedas dan masam. Saya sudah mencuba oral aids di farmasi tetapi tidak berubah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah lidah luka dan tidak boleh makan pedas atau masam. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Struktur makanan yang tajam seperti tulang ikan
- Bendasing
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Kecederaan ataupun luka
- Jangkitan kuman
- Trauma
- Komplikasi penyakit di bahagian oral (i.e. sinusitis, rhinitis, gigi berlubang, dll.)
- Perdarahan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih