Sulit
3 tahun
Masalah mulut dan gusi
Assalamualaikum doktor , saya berusia 22 tahun dan sering mempunyai masalah di dalam mulut sama ada masalah gusi bengkak mahupun ulser di bahagian lidah atau gusi. Hal ini telah menyebabkan bahagian geramaham saya kadang kala membengkak, sukar digerakkan atau dibuka. Saya jadi sukar membuka mulut untuk makan. Saiz pembukaan mulut saya tidak dapat dibuka sepenuhnya. Jadi apa penyelesaian bagi masalah saya, saya rasa terseksa setiap kali masalah ini datang kerana saya tidak dapat makan dengan baik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ulser dalam mulut.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser mulut. Antaranya :
- Kecederaan semasa menggosok gigi
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Sekiranya keadaan anak anda berterusan dan mengalami sakit yang teruk, sila berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah. Terima kasih.