Sulit
3 tahun
Bibir bintik2 putih
hye doktor, sy nak bertanya kepada doktor tentang bibir yg ada bintik2 putih ni…adakah tanda2 seseorang itu disahkan POSITIF HIV? sebab sy tak tenang hati, bila blik kerje tgok cermin bibir sy ada bintik2 putih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Fordyce spot
- Ulcer mulut
- Herpes simplex
- Milia
- Reaksi alergi
- Gangguan pigmen kulit bibir
- Kanser bibir
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.