Sulit
3 tahun
Ketumbuhan di dakam mulut
Saya wanita 20an mengalami ketumbuhan di dalam mulut dipanggil pyogenic granuloma. Pada 12/7/21 saya sudah buat operation. Selepas dua minggu ia nya jadi balik dan saya buat operation kali kedua pada 7/8/21 . Pada 16/8/21 mulut saya tumbuh gelumbung air. Adakah ianya normal?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, pyogenic granuloma adalah sesuatu jenis ketumbuhan dalam mulut yang boleh berlaku disebabkan kecederaan atau penggunaan sesetengah ubat. Penyakit ini memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya, seperti yang anda telah lakukan.
Anda memaklumkan bahawa anda mempunyai gelembung air dalam mulut. Kami tidak dapat memberikan kepastian sama ada ia adalah perkara normal tanpa maklumat tambahan dan pemeriksaan. Namun, gelembung air ini boleh berpunca sebagai komplikasi pembedahan ataupun disebabkan oleh masalah lain seperti :
- Dehydrasi
- Kecederaan pada mulut
- Jangkitan kuman pada mulut
- Ubat gigi atau pencuci mulut yang mempunyai kandungan bahan yang sensitif untuk sesetengah orang
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai perkara ini supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.