Sulit
3 tahun
Sakit bawah rahang kiri sampai ke telinga kiri
Hi doctor, sy berumur 28 tahun. Sejak beberapa hari lalu, semasa bulan puasa, sy mengalami sakit dibawah rahang kiri, dan selepas itu, sy sakitnya berterusan on off sampai ke telinga sy. Kdg kdg sy terasa nak demam tapi sy tidak pasti sebab masalah sakit rahang ini atau cuaca yg panas.Boleh sy tahu apa yg boleh dilakukan bagi mengelak dari sakit lagi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
- trauma
- arthritis
- ketegangan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.