Sulit
3 tahun
Lelangit bengkak bentuk bulat
Seperti saya sedia maklum dan telah diberitahu, lelangit bengkak adalah disebabkan oleh perlakuan oral seks, adakah lebam berbentuk bulat akibat oral seks tersebut akan hilang dalam masa terdekat dan berapa tempoh masa untuk hilang atau ia akan kekal selamanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Mengenai pertanyaan anda tentang tempoh untuk masalah ini sembuh adalah bergantung kepada tahap kritikal penyakit ini. Justeru amat penting untuk anda berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan. Dengan pemeriksaan yang komprehensif barulah punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat dengan betul. Sukar untuk kami gambarkan, bagaimana keadaan bengkak tersebut samada ianya bahaya ataupun tidak. kerana maklumat yang diberikan terlalu ringkas dan menyukarkan kami untuk membuat penilaian.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala lelangit bengkak boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- infeksi bakteria
- penyumbatan saluran kelenjar
- komplikasi penyakit di bahagian oral (i.e. sinusitis, rhinitis, gigi berlubang, dll.)
- perdarahan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Buat sementara waktu anda boleh:
- makan ubat tahan sakit sekiranya perlu
- menempelkan ais (dibaluti kain atau plastik) pada daerah yang bengkak atau sakit
- berehat
Anda disarankan agar terus klinik atau hospital yang berdekatan sekiranya:
- gangguan bernafas
- sakit bertambah / melarat / semakin meluas / tidak berkurangan
- terdapat luka atau perdarahan
- pening kepala / mual
- rutin harian terganggu
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.