Sulit
4 tahun
Bahaya ke kalau jatuh if ada minor stroke
Saya slalu dgar kalau ada minor stroke jangan jatuh, boleh trangkan apa yang dimaksudkan ‘jgn jatuh’ itu dan kalau tjatuh apa prlu dibuat, sbab mak saya ada terjatuh then kpala dia trhantuk dkat lantai(ada karpet), bahaya ke mcm tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang strok.
Saya kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh anda tentang jangan jatuh tersebut. Biasanya, Doktor akan membuat andaian sekiranya seseorang jatuh dalam tandas, ia adalah salah satu tanda strok. Namun begitu bukan semua hal ‘jatuh’ boleh dikaitkan dengan strok, ia hanyalah berdasarkan kebanyakan kes yang diterima di hospital.
Sekiranya ibu anda mengalami gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kebas di mana mana bahagian badan
- Pitam
- Sukar bernafas
- Sukar bercakap
- Demam
- Pendarahan
Untuk mengenalpasti ianya strok atau tidak, ujian lanjut akan dilakukan di hospital.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk merawat penyakit strok.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.