Sulit
3 tahun
Jantung tersumbat, radang hati, darah tinggi
Saya baru berumur 28tahun, baru-baru ini saya berdiri untuk solat tiba-tiba tengkuk dan kepala saya jadi keras dan rasa macam nak jatuh, betulkah tu tanda-tanda nak dapat strok atau bukan, atau adakah disebabkan penyakit saya yang lain. Sebulan yang lepas tekanan darah saya 178
Boleh doktor terangkan tak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan punca sebenar gejala yang dihadapi oleh anda berikutan maklumat lanjut adalah diperlukan dan pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan terhadap anda. Berikut merupakan tanda-tanda atau gejala strok:
- Sakit kepala yang kuat
- Lemah separuh atau seluruh badan
- Sukar untuk bertutur
- Gangguan penglihatan
- Sukar untuk bergerak atau berjalan
- Anggota badan menjadi keras atau kaku
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Antara faktor risiko strok pula adalah:
- Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal
- Kolesterol tinggi
- Kencing manis yang tidak dikawal
- Terdapat darah beku di dalam pembuluh darah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian segera oleh anda dan doktor memandangkan anda mengatakan tekanan darah anda tinggi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.