Sulit
3 tahun
Cara merawat stroke ringaan
Hai selamat malam doktor…nak tanya berapa minggu lepas saya telah terkena serangan stroke ringan TIA…mcm mana cara nak sembuhkan penyakit ni supaya x berulang lagi? Kerana doktor hanya beri saya ubat pencair darah dan ubat kolestrol saja…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, pesakit TIA akan dirawat menggunakan ubat-ubatan kerana risiko untuk risiko untuk mendapat strok adalah amat tinggi. Selain daripada ubat-ubatan, anda juga boleh melakukan beberapa perkara:
- Perubahan gaya hidup
- Berhenti merokok
- Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
- Bersenam
- Fisioterapi
Namun begitu, ingin kami tekankan supaya anda tidak meninggalkan ubat-ubatan kerana ubat ini adalah penting untuk mengurangkan risiko diserang TIA ataupun strok pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.