Sulit
4 tahun
Strok yg menyebabkan air liur terkumpul dlm mulut
Mcm mana cara utk hilangkan air liur yang terkumpul utk pesakit strok?air liur yg banyak menyebabkan pesakit mudah tersedak dan batuk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini selalunya disebabkan oleh kawalan otot mulut dan muka yang lemah.
Terdapat pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah rawatan konservatif seperti memerhati keadaan pesakit dan mengelap atau menyedut air luir yang terkumpul, mengatur postur dalam keadaan menyereng agar air liur keluar dari mulut dan tidak masuk ke dalam saluran tekak atau biofeedback (teknik yang digunakan untuk belajar mengawal beberapa fungsi tubuh anda).
Terdapat juga rawatan yang lebih agresif seperti ubat, radiasi, dan terapi pembedahan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui cara mengatasi masalah ini dengan lebih tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.