Sulit
3 tahun
Kekejangan akibat stoke
Ibu saya baru terkena stroke dan mengalami kekejangan dan menggigil yang teruk. selepas keluar dari hospital dan diberi ubat darah tinggi/cair darah/kolestrol/saraf .Adakah ada rawatan atau ubat untuk mengatasi kekejangan atau memang normal pesakit strok mengalai kekejangan.Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kekejangan dan menggigil adalah gejala umum untuk pesakit strok sebab kehilangan kawalan otot. Rawatan untuk mengatasi gejala ini ialah fisioterapi, melatih pesakit strok untuk mengawalkan otot semula serta memastikan kekuatan ototnya.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Neurologi.