Sulit
4 tahun
Stroke kali kedua melibatkanStroke pendarahan otak pesakit keadaan pesakit separuh sedar tetapi boleh mendengar dan paham apa yang dikatakan
Ayah saya kena stroke buat kali ke 2,kali ini stroke pendarahan otak.keadaan ayah saya sekarang stabil(tanpa pembedahan)kerana risiko umur sudah mencecah 64thn,masalah sekarang doktor ayah saya tak boleh buka mata tapi dia boleh dengar dan paham apa orang cakap semasa melawat.adakah ayah saya boleh pulih baik atau adakah ada rawatan rawatan yang doctor syorkan agar ayah saya boleh buka mata dan pulih seperti biasa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami mengenai ayah anda. Untuk makluman anda, peluang untuk pulih seperti sebelumnya ataupun hampir seperti sebelumnya adalah bergantung dengan intervensi yang dilakukan oleh doktor dan tempoh masa ayah anda diserang strok sehingga sampai ke fasiliti kesihatan.
Kami tidak dapat memberikan apa-apa kata putus memandangkan kami memerlukan maklumat lanjut mengenai keadaannya.
Jika anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pencerahan lebih jelas, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.