Sulit
3 tahun
Pesakit strok dan hypo
Hello doktor… saya ingin bertanya ayah saya merupakan pesakit strok. Beliau hari ni mengalami hypo akibat kecing manis … beliau juga mengunakan salur paip untuk makan…
boleh doktor bagikan penyelesaian cara untuk pulihkan pesakit dari hypo… basan beliau begetar getar akibat hypo tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Maklumat yang diberikan oleh anda kurang jelas dan tidak mencukupi seterusnya menyukarkan kami untuk melakukan penilaian dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh ayah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi iaitu badan menggeletar kerana Hypoglisemia. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sekiranya anda mempunyai simptom hipoglisemia, lakukan perkara berikut:
- Makan atau minum 15 hingga 20 gram karbohidrat bertindak pantas. Ini adalah makanan bergula tanpa protein atau lemak yang mudah ditukar menjadi gula dalam badan. Cuba tablet atau gel glukos, jus buah, makanan biasa, madu, dan gula-gula manis.
Setiap pesakit memerlukan makanan yang seimbang untuk mengekalkan tahap kesihatan fizikalnya. Bagi mengetahui kaedah dan cara yang betul untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengenal pasti masalah badan menggeletar yang berlaku kepada ayah anda.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih