
Sulit
4 tahun
Bekam untuk pesakit diabetes
Saya wanita berumur 53 tahun. Saya disahkan mempunyai diabetes dan bacaan gula saya 22. Kalau saya berbekam lintah atau bekam cup, ada apa-apa pantang larang yang perlu saya patuhi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kaedah berbekam lintah atau menggunakan cawan merupakan salah satu tradisi yang digunakan secara luas di negara Malaysia dan juga telah diamalkan oleh pengamal ubat tradisi pada zaman Cina purba.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Walaubagaimanapun, terdapat tiada kajian atau bukti yang menyokong penggunaan berbekam keatas masalah kencing manis yang diketahui sehingga kini. Kami sarankan anda untuk tidak bergantung pada kaedah berbekam untuk merawat masalah kencing manis yang anda tengah hadapi. Sila berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai penggunaan berbekam atas kesihatan am anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.