
Sulit
3 tahun
Benarkah air kelapa dapat menutralkan vaksin covid
Salam doctor,saya baru sahaja mengambil vaksin covid Dan selepas itu saya mengalami demam Dan saya bertindak untuk minum air kelapa bagi mengurang rasa demam,akan tetapi rakan saya memberitahu bahawa tindakan saya itu salah sebab air kelapa tu akan membuatkan vaksin yang masuk dlm badan saya menjadi nutral Dan tidak berkesan lagi.Saya perlukan penjelasan dari doktor.Sekian.Izz Zahrah

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang keberkesanan vaksin setelah meminum air kelapa. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tidak ada bukti kukuh terhadap teori yang menyatakan bahawa air kelapa dapat meneutralkan atau mengganggu keberkesanan vaksin covid-19.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk maklumat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini