Sulit
5 tahun
Bibir hitam mengelupas
Saya wanita berumur 20 mengalami bibir hitam mengelupas. Ditambah pula tepi bibir juga hitam Dan mengelupas. Sudah bertahun tahun Saya mengalaminya. Jadi apakah ubat yg boleh Saya gunakan utk merawat bibir Saya lebih lebih lagi bahagian tepi bibir Saya yang agak Besar hitamnya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gambaran bibir hitam yang diberitahu adalah kurang jelas. Secara umum, tompok hitam dibahagian bibir boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Peutz-Jeghers Syndrome - yaitu sejenis penyakit warisan yang ditandai dengan tompok hitam bibir, polip di usus dan riwayat keluarga. Syndrome (himpunan gejala) ini perlu diperiksa kerana dikhuatiri tanpa pengawasan teliti penyakit ini dapat menjadi kanser dimasa hadapan.
- Akibat reaksi terhadap ubatan, keradangan, rokok dan sebagainya
- Penyakit Addison’s masalah terkait ketidakseimbangan hormon di kelenjar adrenal
- McCune-Albright Syndrome
- Sejenis kanser terkait melanin
Merujuk kepada menggelupas, kemungkinan apa yang terjadi adalah akibat kekurangan vitamin dan kering. Sebaiknya anda mengamalkan diet yang seimbang agar memenuhi keperluan vitamin anda serta rutin menggunakan pelembap bibir ( lipbalm ) dan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.