Sulit
5 tahun
Luka ditepi bibir kiri dan kanan
Saya berumur 26 tahun . Baru 3 hari ni saya mengalami luka di tepi bibir kiri dan kanan . Sangat memedihkan . Boleh saya tahu ubat apa yang boleh saya letak bagi menyembuhkan penyakit ini ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah luka ditepi bibir ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulat
- sel darah merah yang rendah
- air liur yang berlebihan
- merokok
- kekurang nutrisi seperti vitamin B
Ubat yang anda minta harus berdasarkan punca masalah gejala tersebut berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.