fredypikachu
5 tahun
Bintik putih di bibir
Saya lelaki berumur 20an. Baru2 ini saya perasan ada bintik2 putih muncul di bibir saya. Tetapi ianya tidak berasa sakit mahupun gatal. Apakah bintik putih ini?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik putih yang anda alami pada bibir anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst)
- Jangkitan herpes
- Jerawat
- Kurap
- Milia
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.