waniecmk
2 tahun
Bibir gatal dan bengkak
Saya kini mengandung 7bulan, dan alami bibir yg gatal, sedikit kering, pedih dan bengkak selama 2minggu lebih. Saya amalkan pakai sebamed lip balm selama ini tiada masalah. Tiba2 bibir mula gatal sedikit di sekitar bibir, lama2 pedih dan bengkak. Ubat yg saya ambil sekarang hanya zincofer hematinic. Mintak pendapat dan cara merawat atau ubat apa perlu saya ambil. Saya sukar makan sekarang ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ibu hamil mudah mendapat masalah seperti kulit dan bibir yang kering. Oleh itu, selain menggunakan pelembap bibir, anda perlu mengambil air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Anda juga disarankan untuk mengunjungi klinik atau meghubungi doktor bagi merawat masalah bibir yang gatal dan bengkak bagi mendapatkan ubat yang sesuai digunakan ketika hamil. Hal ini kerana, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk menegtahui punca bengkak dan gatal pada bibir anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.