mylemonsleaf
5 tahun
Bibir Kering Merekah
Saya mengalami masalah bibir kering yang tidak baik-baik sudah 6 - 7bulan berlarutan. Pada awal menghadapi masalah ini, saya sangka ia mungkin masalah biasa dan akan pulih dengan sendiri. Ini antara ciri-ciri masalah bibir yang saya alami:
-bibir kering (rasa tegang)
-merekah dan mengelupas
-split lip
-rasa burning bila mengelupas
-kemerahan hingga ke luar bibir
Sudah berbagai2 tips saya cuba dirumah seperti meletakkan margerine, garam, baking soda, vaseline, dsb. Namun selepas 2 bulan masih tidak pulih, saya pergi jumpa doktor. Doktor mengatakan bibir saya mungkin allergic produk bibir. Tetapi sejak mengalami masalah ini saya tidak pernah memakai produk bibir. Setelah pakai antibiotic dan segala ubat yang diberi pun bibir saya masih tidak pulih. 2 bulan seterusnya saya pergi ke klinik yang berbeza dan menceritakan masalah ini. Doktor tersebut mengatakan bibir saya mungkin kena virus atau saya ada penyakit dalaman yang lain yang lebih serius. Saya diberi ubat cream herpes dimana saya rasa sangat tidak logik untuk saya kena herpes. Walaubagaimana pon saya tetap ikut arahan dan menggunakannya. Doktor tersebut juga menyuruh saya memakai lipbalm tiap hari. Namun sudah 2 bulan juga saya praktiskan pemakaian ini. Sekarang saya terpaksa bergantung kepada lipbalm setiap masa.
Jika sehari saya tidak pakai, bibir saya akan jdi kering dan tegang semula. Malah kemerahan diluar bibir juga tidak hilang.
Untuk maklumat tambahan,
-saya tidak selalu menjilat bibir.
-saya sudah minum air yang banyak stiap hari.
Jadi saya ingin bertanya apa pendapat doctoroncall pula.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bibi kering boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- defisiensi vitamin terutamanya vitamin B
- dehidrasi (kurang minum air)
- terdedah kepada matahari atau panas atau cuaca dingin
Sekiranya bibir and masih kering setelah mengatasi penyebab-penyebab diatas, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi masalah yang seperti berikut:
- Chelitis
- Malnutrition dan dehidrasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.