
Anonymous
5 tahun
Bisul berhampiran lubang dubur
Saya lelaki berumur 39 tahun, berat badan 89kg. Masalah saya hadapi adalah sejak sebulan yang lalu telah terdapat luka/bisul di bahagian celah punggung belakang berhampiran dengan lubang dubur. Bisul ini telah berlanjutan selama sebulan lebih dan mengeluarkan nanah pada kadar mengikut keadaan. Yang mana sekiranya saya memakan telur ayam, jumlah nanah akan bertambah dan bisul akan bertamabah saiz lebih dari kebiasaan. Apakah penyelesaian dan punca sebenar penyakit ini. Mohon pencerahan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-Buasir
-Anal fistula (sejenis laluan yang menyambungkan kulit di luar dubur dengan usus)
-Anal fissure (kulit yang pecah di bahagian dubur)
perianal abscess
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.