
Anonymous
5 tahun
Cara tentukan jangkitan kuman
Abang saya ada masalah gout…baru beberapa hari tangan jadi merah bengkak…jumpa doc klinik swata…amik ujian darah mendapati ada jantikan kuman…refer HSA doc sna bagi tahu ada sedkit jankitan kuman…lpas beberapa hari tangan kaki makin bisa… pergi klinik swasta…doc ambil darah…result ujian darah didapati kuman meningkat…doc swasta tulis surat refer HSI…di emergency doc kata bukan kuman tapi gout…macam mana nak tentukan result itu kuman atau gout…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan abang anda memang mempunyai masalah gout, boleh jadi apa yang terjadi adalah bersifat coincidental kerana orang yang gout boleh saja terkena jangkitan kuman. Hal ini kerana darah adalah satu struktur anatomi yang berjalan diseluruh tubuh dan melalui banyak organ lain selain kaki.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.