
Sulit
3 tahun
Cuci muka guna sabun mandi
Hai doc. Saya ingin bertanya dok, saya selalu mencuci muka saya menggunakan pencuci muka tapi sekarang pencuci muka saya telh hbis dan saya pergi ke kedai berdekatan saya utk membeli pencuci muka namun tiada pencuci muka yg baik kerana kebnykkannya pencuci muka yg dijual mengandungi paraben,sls.Jadi saya skrng hnya menggunakan sabun mandi utk mencuci muka tapi saya asingkan sabun mandi tersebut utk muka dan badan. Apakah saya boleh guna sabun mandi dok utk cuci muka, adakah semua sabun mandi sperti jenama fruitale/may dan yg lainnya smua tdk boleh digunakan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang dengan masalah muka berminyak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sabun mandi menggunakan bahan-bahan yang digunakan untuk badan bukan untuk muka. Setiap orang memiliki kulit muka yang lebih lembut dan sensitif berbanding dengan kulit badan. Jadi, sabun mandi mungkin akan beri kulit anda menjadi kasar selepas digunakan.
Selain itu, sabun mandi kebanyakannya mengandungi kandungan alkali yang tinggi. Kadar pH kulit kita antara 4 hingga 6.5. Jadi, kalau sabun tinggi alkali hingga 7 ke atas jumpa kulit yang tinggi asid boleh jadikan kulit kita rosak teruk.
Di samping, penggunaan sabun mandi untuk cuci muka secara kerap membolehkan kulit akan hilang zat dan berupaya menjadi masalah keradangan kulit.
Tak cukup buat kulit muka jadi rosak, sabun mandi yang digunakan untuk muka juga boleh menghasilkan garis halus dan kedutan. Hal ini kerana kerana formula sabun lebih kasar sesuai untuk membersihkan kulit badan bukan muka. Selain itu masalah kulit kusam dan acne break-out juga boleh berlaku.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.