
Sulit
5 tahun
Darah haid datang awal 2 minggu
Saya wanita 20’ . Haid datang awal 2 minggu apakah sebabnya?last period saya 27hb10 dan 13hb11 datang semula, apakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pola haid yang diluar batas normal juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal ( abnormal uterine bleeding). Merujuk kepada tarikh haid anda yang datang pada 27/10/2019 dan kitaran seterusnya 13/11/2019, boleh dikatakan kitaran haid anda adalah selama 17 hari sahaja. Apabila haid datang lebih cepat dari 24 hari dalam kitaran haid, ia dapat dikatakan tidak normal. Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana haid tidak teratur dapat disebabkan oleh bermacam penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor tentang maklumat lanjut ataupun klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.