Anonymous
5 tahun
Darah nifas sudah menjadi coklat dan menunjukkan akan berhenti pada hari yang ke 36..kemudian selepas beberapa hari , datang semula darah merah..adakah itu haid
darah nifas sudah menjadi coklat dan menunjukkan akan berhenti pada hari yang ke 36…kemudian selepas beberapa hari , datang semula darah merah…adakah itu haid
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, agak sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca pendarahan anda tanpa maklumat dan pemeriksaan lanjut. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca pendarahan tersebut. Antara penyebabnya adalah:
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim, ovari atau cerviks
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim
- Penggunaan ubat -ubatan tertentu
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk doktor tentang situasi ini agar maklumat lanjut dan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan. Anda boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.