
Sulit
5 tahun
Herpes pada kemaluan
Saya wanita berumur 20 an dan saya ada penyakit herpes pada kemaluan. Saya tak pernah melakukan hubungan seks, dan sy sudah berjumpa doktor mengikut doktor itu, sy tak menjaga kebersihan hygiene semasa period. Persoalan saya, adakah penyakit ini berbahaya? Adakah saya boleh berkahwin? Kalau saya berkahwin, adakah risiko untuk berjangkit kepada bakal suami saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, jangkitan herpes adalah kekal namun virus ini dorman dalam kebanyakan waktu dan simtom jangkitan boleh muncul sesekali dipanggil outbreak dan biasanya berlaku apabila immun sistem lemah. Jangkitan ini boleh menjangkiti suami atau pasangan anda melaui hubungan seksual kelamin atau oral terutamanya jika hubungan dilakukan ketika anda menghadapi outbreak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.