
idzzaty20
5 tahun
Jari Telunjuk Kanan Selalu Sakit
Salam / Hi Doktor… Saya Zaty berumur 32 thn. Saya mengalami sakit pada jari telunjuk kanan saya, seperti berdenyut - denyut dan menyucuk - nyucuk. Hampir 3 tahun saya mengalaminya, namun sakitnya tidak datang selalu. hanya apabila tertekan pada jari tu, baru terasa sakit yang amat sangat. Namun, pada tahun ni, sakit ni hampir setiap hari & mengganggu aktiviti harian saya. tersalah kena pada sesuatu, maka sakit yang amat sangat. kadang - kadang, waktu tidur pun akan rasa sakitnya. harap dapat memberi penerangan & cadangan apa yang perlu saya lakukan.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah saraf
- triggered finger
- Keradangan
- tendon/ ligamen yang koyak
Memandangkan anda sudah mengalami masalah ini selama 3 tahun, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.