Sulit
4 tahun
Kehamilan awal & penyakit kelamin
Selamat sejahtera Dr,
Suami saya disahkan menghidap sifilis dan telah menjalani rawatan. Pemeriksaan terkini VDRL menunjukkan penurunan yang ketara dari bacaan 1:64 menjadi 1:16. Suami juga telah mendapatkan kepastian daripada Dr yang merawatnya sama ada boleh meneruskan niat untuk mendapatkan zuriat atau sebaliknya. Dr memberikan keizinan dan menyatakan risiko untuk pasangan adalah rendah.
Setelah tempoh itu, saya disahkan hamil. Persoalan saya, adakah saya dan anak yang dikandung benar-benar selamat daripada penyakit tersebut? Kedua, adakah suami boleh sembuh sepenuhnya dan bacaan akan turun lagi? Ketiga, kenapa Dr meminta suami datang mengambil darah ketika membuka buku pink?
Terima kasih untuk maklum balas Dr.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami menghargai anda bertanya soalan kepada kami walaupun soalan anda berunsur peribadi dan sensitif.
Kami juga ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan puan!
Berdasarkan keterangan anda, penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum . Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.
Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas daripada sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.
Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.
Jadi untuk menjawab soalan anda, anda dan bayi anda akan selamat daripada jangkitan sifilis daripada suami anda jika suami anda sudah pulih sepenuhnya dengan mengambil ubat sifilis sentiasa. Bagi menjawab persoalan mengapa suami anda dipanggil bersama anda pada temujanji dengan doktor, kami memerlukan lebih maklumat tentang itu.
Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.
Anda masih risau tentang sifilis? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.