fetri.jaias
4 tahun
Antibiotics siplis reactive
Hi doc sya baru buat screening syphilis serology modified VDRL & result reactive in 1:1 dilution…perlu ka sya mndapatkan suktikan? Memandangkan anus saya masih gatal dan terdapat ulser sekitarnya.Adakah sebarang antibiotic dalam btk pil selaian injection…tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, walaupun antibiotik hadir dalam bentuk pil dan suntikan, dalam mengubati sifilis, kajian mendapatkan bahawa antibiotik oral (pil) tidak berkesan. Hal ini kerana ubat antibiotik suntikan mempunyai jaminan bioavailabiliti dan membolehkan kesemua dos diberikan sekali sahaja.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.