Sulit
3 tahun
Ibu hamil vdrl positif
Sy ibu hamil 13 mggu…baru2 ni nurse call bgtau sy positif vdrl…bagaimana vdrl boleh berjangkit?adakah bahaya pd sy dan juga bayi? Apakah rawatannya dan boleh sembuh ke?terima kasih doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Syphilis adalah jangkitan daripada bakteria Treponema pallidum yang disebarkan melalui sentuhan kulit dengan luka sifilis pada kulit dan membran mukosa. Sesetengah penyakit kelamin boleh berjangkit melalui ciuman mulut seperti sifilis dan herpes simplex jenis 1. Penyakit sifilis adalah penyakit berjangkit yang tersebar terutamanya melalui aktiviti seksual, termasuklah seks oral dan dubur.
Maka, untuk mengelak penularan, pemakaian perlindungan seperti kondom adalah perlu. Penyakit ini perlu dirawat untuk mencegah berlakunya komplikasi seperti masalah kesuburan. Tambahan, bayi yang baru lahir yang terdedah kepada sifilis dalam rahim harus menjalani rawatan antibiotik.
Untuk rawatan penyakit tersebut, biasanya doktor akan memberikan ubat antibiotik untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Sehingga ke hari ini, kebanyakan pesakit sifilis yang dirawat dengan menggunakan antibiotik menunjukkan akdar kesembuhan yang tinggi selagi mana mereka berdisipin meminum ubat yang diberi oleh doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.