Sulit
4 tahun
Penyakit berkaitan sifilis
Saya lelaki berumur 22 tahun. Sebelum ini saya ada melakukan seks songsang tapi dah membuat ujian saringan HIV baru2 ini sebab terasa macam ada simptom2 seperti demam berpanjangan. Hasil keputusan adalah negative dan akan diambil semula ujian darah bulan 5 ini. Soalan saya, sepanjang tempoh ini saya rasa badan saya berasa lemah, penglihatan saya juga seperti tidak fokus dan kerap sakit kepala serta badan saya juga susut. Adakah saya berpotensi untuk terkena sifilis? Dan apa yang perlu saya lakukan kerana masih dalam window period. Terima kasih dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sifilis
- jangkitan kelamin Gonorrhea, Chlamydia
- jangkitan virus
- Tibi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.