Sulit
4 tahun
Berapa lamakah penyakit sifilis untuk pulih
berapa lamakah penyakit sifilis akan pulih jika sudah mengambil antibiotik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.
Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas daripada sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.
Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.
Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.
Untuk mengetahui ubat mana yang sesuai, dos dan kos sila ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Selain itu juga anda dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seksual untuk sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran sifilis.
Untuk mengenal pasti punca simptom yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.